Selasa, Mei 14, 2013

Kanak-kanak dan Perkembangan Awal: Warna Merangsang Perkembangan Otak Kanak-kanak



Persekitaran yang berwarna-warni membawa kesan yang besar kepada pemerhatian, pemikiran dan ingatan dalam kanak-kanak. Kanak-kanak yang membesar dalam persekitaran yang berwarna-warni mempunyai kebolehan yang lebih kukuh berbanding dengan mereka yang membesar dalam persekitaran biasa.

Menurut kajian 5 tahun pada 300 bayi, warna yang tidak menyenangkan – hitam dan kelabu – dan persekitaran yang malap akan mempengaruhi perkembangan sel otak. Ini akan membawa kepada tingkah laku yang tidak responsif dan kerencatan mental dalam kanak-kanak.

Dalam satu kajian 3 tahun oleh pakar psikologi, kanak-kanak yang bermain dalam sebuah bilik yang mempunyai warna yang menyenangkan – biru muda, kuning, kuning-kehijauan dan jingga – mempunyai EQ yang lebih tinggi. Mereka juga lebih bijak dan kreatif berbanding dengan kanak-kanak yang bermain dalam bilik yang berwarna tidak menyenangkan – putih, hitam dan perang.


Warna dapat mempengaruhi emosi dan tingkah laku seseorang. Oleh itu, dedahkan kanak-kanak kepada warna-warni untuk merangsang perkembangan otak bagi meningkatkan kepintaran dan kebolehan otak.

Berikut adalah beberapa cadangan:


Merah, kuning, jingga

Merangsang semangat, aktif dalam pemikiran, tindak balas yang cepat, meningkatkan daya hidup

Gunakan warna hangat dalam ruang aktiviti dan ruang makan untuk meningkatkan tenaga dan selera makan.

Gunakan warna hangat dalam bilik jika anak anda adalah kurang aktif.


Hijau, biru

Kestabilan emosi, ketenangan

Gunakan warna sejuk dalam bilik untuk menstabilkan emosi kanak-kanak.


Kelabu


Ketenangan

Gunakan warna kelabu untuk bilik tidur untuk merangsang ketenangan.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...