Khamis, Julai 04, 2013

Pendidikan Awal: Pendidikan Prasekolah Asas Penting

Umur empat hingga enam tahun merupakan masa yang paling sesuai untuk memupuk potensi diri dalam kanak-kanak. Oleh itu, pendidikan prasekolah menjadi asas penting dalam perkembangan minda dan sosial kanak-kanak.


Menerusi pendedahan awal pembelajaran ini, kanak-kanak dapat menguasai kemahiran asas dan meninggikan keyakinan diri. Pada masa inilah kanak-kanak akan mula meluangkan lebih banyak masa dengan rakan-rakan sebaya dan guru. Mereka akan mula mempelajari bagaimana untuk menyesuaikan diri dalam persekitaran baru dan bergaul dengan rakan-rakan baru.

Selain itu, penguasaan kebolehan membaca, menulis dan mengira (3M) di peringkat prasekolah akan membuka peluang yang lebih luas dalam menguasai kemahiran-kemahiran lain apabila mereka melangkah ke Tahun Satu.

Dengan pendidikan awal dan prasekolah yang kukuh dan positif, kanak-kanak akan menjadi lebih ceria, berani dan yakin.

Bacaan lanjut:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...