Jumaat, November 08, 2013

Kajian: Menjerit dan Memukul Sama Bahayanya

Tahukah anda apakah kesan negatif menjerit dan memukul terhadap perkembangan mental kanak-kanak?


Menurut satu kajian yang diterbit dalam laman web jurnal “Child Development” baru-baru ini, hubungan baik dengan ibubapa tidak semestinya melindungi remaja daripada kesan-kesan negatif akibat jeritan, makian atau penghinaan, seperti kata-kata “malas” atau “bodoh”, daripada ibu apa mereka sendiri.

Kajian ini juga mendedahkan bahawa menjerit adalah sama bahayanya dengan memukul dan ia boleh membawa kesan yang sama, termasuklah peningkatan dalam risiko kemurungan dan kelakuan agresif.

Walaupun kajian ini tertumpu pada remaja, keputusan kajian ini juga dapat mencerminkan kesan yang sama pada perkembangan awal kanak-kanak.

Perkembangan tingkah laku berlaku dalam lima tahun pertama kehidupan kita. Kanak-kanak yang dijerit atau dimaki disebabkan oleh kesilapan dan tingkah laku bermasalah bukan sahaja tidak membetulkan kesilapan dan tingkah laku negatif, tetapi juga akan menjadi lebih teruk lagi. Dalam jangka masa panjang, jeritan dan makian ini akan membawa kepada fikiran terganggu dalam kanak-kanak tersebut.

Tambahan pula, kanak-kanak mula pembelajaran mereka dengan memimik tingkah laku orang dewasa disekeliling mereka.

Oleh itu, ia adalah amat penting bagi ibubapa dalam mewujudkan persekitaran yang positif untuk tumbesaran anak mereka agar kanak-kanak ini menjadi seorang yang baik.

Cucurilah mereka dengan kasih sayang kerana ia memainkan peranan yang penting dalam membentuk minda kanak-kanak.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...