Umur empat hingga enam tahun merupakan
masa yang paling sesuai untuk memupuk potensi diri dalam kanak-kanak. Oleh itu,
pendidikan prasekolah menjadi asas penting dalam perkembangan minda dan sosial
kanak-kanak.
Menerusi pendedahan awal
pembelajaran ini, kanak-kanak dapat menguasai kemahiran asas dan meninggikan
keyakinan diri. Pada masa inilah kanak-kanak akan mula meluangkan lebih banyak
masa dengan rakan-rakan sebaya dan guru. Mereka akan mula mempelajari bagaimana
untuk menyesuaikan diri dalam persekitaran baru dan bergaul dengan rakan-rakan
baru.
Selain itu, penguasaan kebolehan
membaca, menulis dan mengira (3M) di peringkat prasekolah akan membuka peluang
yang lebih luas dalam menguasai kemahiran-kemahiran lain apabila mereka
melangkah ke Tahun Satu.
Dengan pendidikan awal dan
prasekolah yang kukuh dan positif, kanak-kanak akan menjadi lebih ceria, berani
dan yakin.
Bacaan lanjut:
- Lanjutan Pelajaran: Pengetahuan dan Kecekapan – Asas Masa Depan Kanak-kanak
- Lanjutan Pelajaran: Jadilah Pendidik Kanak-kanak yang Terlatih, Diperakui dan Berkelayakan (1)