Sebelum
anda memilih kursus untuk melanjutkan pelajaran ke tahap pengajian tinggi, anda
pasti akan mempertimbangkan peluang pekerjaan dan kerjaya dalam bidang
tersebut.
Apakah
peluang pekerjaan dalam bidang pendidikan awal kanak-kanak pula?
Kerjaya
dalam bimbingan kanak-kanak prasekolah merupakan kerjaya yang amat bermakna,
mencabar dan menyeronokkan. Kerja-kerja pentadbiran yang dahulunya dianggap
membosankan akan diberi wajah baru apabila anda merasai senyuman daripada
kanak-kanak prasekolah anda. Anda bukan sahaja dapat melahirkan kanak-kanak
yang cemerlang tetapi juga dapat menyumbang kepada perkembangan masyarakat.
Berikut
adalah beberapa kerjaya dalam bidang pendidikan awal kanak-kanak yang boleh
anda mempertimbangkan:
Menurut
“Help Wanted: Projections of Jobs and Education Requirements Through 2018”*
yang diterbit pada Jun 2010, ijazah dalam “Pendidikan” menduduki tangga ke-6.
Peluang pekerjaan bagi guru tadika, tidak termasuk pendidikan khas, dianggar
akan meningkat sebanyak 15% di antara 2008 dan 2018.*
Maklumat
dari US Department of Labor, data dari May 2010.