Ramai ibu bapa berasa leteran adalah perlu dalam mendidik anak mereka menjadi seorang yang baik. Akan tetapi, mereka tidak sedar bahawa leteran boleh membawa kesan negatif kepada anak mereka.
Kanak-kanak akan berasa kurang
bermotivasi disebabkan oleh leteran yang berterusan dan ini seterusnya
menjejaskan prestasi mereka di sekolah dan perkembangan sosial.
Bagaimana kita boleh menggalak
kanak-kanak tanpa leteran?
- Jangan sekali-kali
membanding anak anda dengan anak orang lain. Setiap kanak-kanak mempunyai
keunikan yang tersendiri.
Jangan membandingkan anak anda dengan adik-beradik
mereka, sepupu, kawan mereka bahkan anak kawan anda. Perlulah kami ingati
bahawa setiap orang mempunyai keunikan mereka yang tersendiri. Tahun awal
kanak-kanak merupakan masa yang paling sesuai untuk memupuk bakat mereka.
- Jangan memaksa anak anda.
Berilah mereka galakan yang bersesuaian, bukannya
memaksa mereka untuk melakukan sesuatu dengan lebih baik. Segala panduan dan
sokongan yang anda berikan akan mendorong anak anda untuk buat dengan lebih
baik lagi.
- Biar anak anda menjadi
dirinya sendiri.
Berilah ruang dan masa kepada anak anda untuk
mengekspres minatnya. Lakukan apa yang anda boleh untuk memupuk minat tersebut
dan memimpinnya dalam membina asas yang kukuh.
- Beri pengiktirafan, bukan
marah-memarahi.
Berilah sokongan melalui pengiktirafan terhadap
usaha anak anda. Jika anak anda tidak melakukannya dengan baik, anda boleh
meningkatkan tahap keyakinannya dengan memimpinnya, bukan sekadar
marah-memarahi.