Jumaat, November 08, 2013

Kajian: Menjerit dan Memukul Sama Bahayanya

Tahukah anda apakah kesan negatif menjerit dan memukul terhadap perkembangan mental kanak-kanak?


Menurut satu kajian yang diterbit dalam laman web jurnal “Child Development” baru-baru ini, hubungan baik dengan ibubapa tidak semestinya melindungi remaja daripada kesan-kesan negatif akibat jeritan, makian atau penghinaan, seperti kata-kata “malas” atau “bodoh”, daripada ibu apa mereka sendiri.

Kajian ini juga mendedahkan bahawa menjerit adalah sama bahayanya dengan memukul dan ia boleh membawa kesan yang sama, termasuklah peningkatan dalam risiko kemurungan dan kelakuan agresif.

Walaupun kajian ini tertumpu pada remaja, keputusan kajian ini juga dapat mencerminkan kesan yang sama pada perkembangan awal kanak-kanak.

Perkembangan tingkah laku berlaku dalam lima tahun pertama kehidupan kita. Kanak-kanak yang dijerit atau dimaki disebabkan oleh kesilapan dan tingkah laku bermasalah bukan sahaja tidak membetulkan kesilapan dan tingkah laku negatif, tetapi juga akan menjadi lebih teruk lagi. Dalam jangka masa panjang, jeritan dan makian ini akan membawa kepada fikiran terganggu dalam kanak-kanak tersebut.

Tambahan pula, kanak-kanak mula pembelajaran mereka dengan memimik tingkah laku orang dewasa disekeliling mereka.

Oleh itu, ia adalah amat penting bagi ibubapa dalam mewujudkan persekitaran yang positif untuk tumbesaran anak mereka agar kanak-kanak ini menjadi seorang yang baik.

Cucurilah mereka dengan kasih sayang kerana ia memainkan peranan yang penting dalam membentuk minda kanak-kanak.


Isnin, Oktober 07, 2013

Pendekatan Bertema: Mempelajari tentang Tumbuhan


Dalam pendekatan bertema, kanak-kanak mempelajari pengetahuan baharu malalui aktiviti-aktiviti yang berasaskan tema. Dengan ini, kanak-kanak akan memperoleh lebih banyak manfaat kerana mereka belajar secara keseluruhan, bukannya sedikit demi sedikit.

Berikut adalah contoh bagaimana pendekatan bertema diaplikasikan dalam mempelajari tentang tumbuhan.

  1. Pilih satu topik
  2. Rancang satu sesi perbincangan dengan kanak-kanak untuk mengumpul idea dan memupuk minat dalam topik yang dipilih


  
  1. Senaraikan soalan-soalan utama untuk perbincangan


  1. Sesi penerokaan


  1. Sesi pemerhatian dan penyelidikan


  1. Merekod dengan carta pai 


  1. Penanaman 

   
  1. Merekod pertumbuhan tumbuhan

  
  1. Penuaian dan penyediaan hidangan




Jumaat, September 06, 2013

Membaca Menambah Ilmu: Bagaimana Anda Boleh Memupuk Tabiat Membaca

Membaca merupakan aktiviti yang menyeronokkan!

Akan tetapi, kanak-kanak yang tidak suka membaca amat membimbangkan ibu bapa dan guru.

Oleh yang demikian, ramai ibu bapa memaksa anak mereka untuk membaca atau menentukan jenis bahan bacaan untuk anak-anak. Malangnya, kaedah ini bukan sahaja gagal untuk memupuk tabiat membaca, tetapi juga boleh membawa kesan negatif.


Bagaimana ibu bapa boleh memupuk tabiat membaca di kalangan kanak-kanak?

  • Memberi peluang kepada anak untuk memilih bahan bacaan
  • Menyediakan pelbagai jenis sumber untuk pilihan
  • Mencadang pelbagai jenis sastera untuk pilihan
  • Membawa anak ke perpustakaan awam dan kedai buku
  • Melakonkan cerita dalam buku dengan penuh perasaan

Dengan ini, anak-anak akan mempunyai motivasi untuk menghabiskan sesebuah buku kerana proses membaca tersebut adalah menyeronokkan. Di samping menambah ilmu mereka, membaca adalah penting dalam perkembangan minda.


Isnin, Ogos 05, 2013

Perancangan Kerjaya dalam Bidang Pendidikan Awal Kanak-kanak

Sebelum anda memilih kursus untuk melanjutkan pelajaran ke tahap pengajian tinggi, anda pasti akan mempertimbangkan peluang pekerjaan dan kerjaya dalam bidang tersebut.

Apakah peluang pekerjaan dalam bidang pendidikan awal kanak-kanak pula?

Kerjaya dalam bimbingan kanak-kanak prasekolah merupakan kerjaya yang amat bermakna, mencabar dan menyeronokkan. Kerja-kerja pentadbiran yang dahulunya dianggap membosankan akan diberi wajah baru apabila anda merasai senyuman daripada kanak-kanak prasekolah anda. Anda bukan sahaja dapat melahirkan kanak-kanak yang cemerlang tetapi juga dapat menyumbang kepada perkembangan masyarakat.

Berikut adalah beberapa kerjaya dalam bidang pendidikan awal kanak-kanak yang boleh anda mempertimbangkan:


Menurut “Help Wanted: Projections of Jobs and Education Requirements Through 2018”* yang diterbit pada Jun 2010, ijazah dalam “Pendidikan” menduduki tangga ke-6. Peluang pekerjaan bagi guru tadika, tidak termasuk pendidikan khas, dianggar akan meningkat sebanyak 15% di antara 2008 dan 2018.*

Maklumat dari US Department of Labor, data dari May 2010.


Khamis, Julai 04, 2013

Pendidikan Awal: Pendidikan Prasekolah Asas Penting

Umur empat hingga enam tahun merupakan masa yang paling sesuai untuk memupuk potensi diri dalam kanak-kanak. Oleh itu, pendidikan prasekolah menjadi asas penting dalam perkembangan minda dan sosial kanak-kanak.


Menerusi pendedahan awal pembelajaran ini, kanak-kanak dapat menguasai kemahiran asas dan meninggikan keyakinan diri. Pada masa inilah kanak-kanak akan mula meluangkan lebih banyak masa dengan rakan-rakan sebaya dan guru. Mereka akan mula mempelajari bagaimana untuk menyesuaikan diri dalam persekitaran baru dan bergaul dengan rakan-rakan baru.

Selain itu, penguasaan kebolehan membaca, menulis dan mengira (3M) di peringkat prasekolah akan membuka peluang yang lebih luas dalam menguasai kemahiran-kemahiran lain apabila mereka melangkah ke Tahun Satu.

Dengan pendidikan awal dan prasekolah yang kukuh dan positif, kanak-kanak akan menjadi lebih ceria, berani dan yakin.

Bacaan lanjut:

Rabu, Jun 05, 2013

Panduan Untuk Ibu: Panduan Bagi Wanita yang Baru Menjadi Ibu oleh Atiqah Hamid


Tajuk:
Panduan Bagi Wanita yang Baru Menjadi Ibu

Pengarang:
Atiqah Hamid


Ia adalah amat penting bagi seorang ibu baru untuk melengkapkan diri dengan ilmu dan pengetahuan keibubapaan.

Dengan buku panduan ini, ibu-ibu baru tidak perlu bimbang lagi.

Buku panduan ini lengkap dengan pengetahuan asas yang perlu diketahui oleh seorang ibu:

Bagaimana mendidik dan mendidik anak?
Apakah perkembangan yang akan bayi lalui sejak dari lahir?
Bagaimana meredakan bayi yang menangis?
Bagaimana menyusu bayi dengan susu ibu?
Apakah penyakit-penyakit yang sering dialami oleh bayi dan bagaimana ibu boleh menanganinya?
Apakah yang penting untuk kesihatan bayi?
Bagaimana memilih kelengkapan bayi seperti pakaian, lampin dan kereta sorong?


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...