Rabu, Jun 05, 2013

Panduan Untuk Ibu: Panduan Bagi Wanita yang Baru Menjadi Ibu oleh Atiqah Hamid


Tajuk:
Panduan Bagi Wanita yang Baru Menjadi Ibu

Pengarang:
Atiqah Hamid


Ia adalah amat penting bagi seorang ibu baru untuk melengkapkan diri dengan ilmu dan pengetahuan keibubapaan.

Dengan buku panduan ini, ibu-ibu baru tidak perlu bimbang lagi.

Buku panduan ini lengkap dengan pengetahuan asas yang perlu diketahui oleh seorang ibu:

Bagaimana mendidik dan mendidik anak?
Apakah perkembangan yang akan bayi lalui sejak dari lahir?
Bagaimana meredakan bayi yang menangis?
Bagaimana menyusu bayi dengan susu ibu?
Apakah penyakit-penyakit yang sering dialami oleh bayi dan bagaimana ibu boleh menanganinya?
Apakah yang penting untuk kesihatan bayi?
Bagaimana memilih kelengkapan bayi seperti pakaian, lampin dan kereta sorong?


Selasa, Mei 14, 2013

Kanak-kanak dan Perkembangan Awal: Warna Merangsang Perkembangan Otak Kanak-kanak



Persekitaran yang berwarna-warni membawa kesan yang besar kepada pemerhatian, pemikiran dan ingatan dalam kanak-kanak. Kanak-kanak yang membesar dalam persekitaran yang berwarna-warni mempunyai kebolehan yang lebih kukuh berbanding dengan mereka yang membesar dalam persekitaran biasa.

Menurut kajian 5 tahun pada 300 bayi, warna yang tidak menyenangkan – hitam dan kelabu – dan persekitaran yang malap akan mempengaruhi perkembangan sel otak. Ini akan membawa kepada tingkah laku yang tidak responsif dan kerencatan mental dalam kanak-kanak.

Dalam satu kajian 3 tahun oleh pakar psikologi, kanak-kanak yang bermain dalam sebuah bilik yang mempunyai warna yang menyenangkan – biru muda, kuning, kuning-kehijauan dan jingga – mempunyai EQ yang lebih tinggi. Mereka juga lebih bijak dan kreatif berbanding dengan kanak-kanak yang bermain dalam bilik yang berwarna tidak menyenangkan – putih, hitam dan perang.


Warna dapat mempengaruhi emosi dan tingkah laku seseorang. Oleh itu, dedahkan kanak-kanak kepada warna-warni untuk merangsang perkembangan otak bagi meningkatkan kepintaran dan kebolehan otak.

Berikut adalah beberapa cadangan:


Merah, kuning, jingga

Merangsang semangat, aktif dalam pemikiran, tindak balas yang cepat, meningkatkan daya hidup

Gunakan warna hangat dalam ruang aktiviti dan ruang makan untuk meningkatkan tenaga dan selera makan.

Gunakan warna hangat dalam bilik jika anak anda adalah kurang aktif.


Hijau, biru

Kestabilan emosi, ketenangan

Gunakan warna sejuk dalam bilik untuk menstabilkan emosi kanak-kanak.


Kelabu


Ketenangan

Gunakan warna kelabu untuk bilik tidur untuk merangsang ketenangan.


Jumaat, April 12, 2013

Lanjutan Pelajaran: Jadilah Pendidik Kanak-kanak yang Terlatih, Diperakui dan Berkelayakan (1)

Dalam rencana Lanjutan Pelajaran: Pengetahuan dan Kecekapan – Asas Masa Depan Kanak-kanak, kita telah didedahkan kepada betapa pentingnya latihan dalam pendidikan awal kanak-kanak bagi pendidik awal kanak-kanak.

Kini, kita akan meneruskan perjalanan ini ke satu latihan yang menyeronokkan dan profesional yang terdapat di tanah air kita - Malaysia.

Sebuah tempat di mana anda boleh mengaplikasikan teori ke dalam praktikal…
Pedogogi yang Betul


Sebuah tempat di mana anda boleh merasai pembelajaran melalui pengalaman…
Pengalaman Pembelajaran yang Bermakna


Sebuah tempat yang dibina khusus untuk pengajian awal kanak-kanak…
Profesionalisme


Sebuah tempat di mana anda akan dilatih oleh pensyarah yang mempunyai sekurang-kurangnya 15 tahun pengalaman dalam mengajar kanak-kanak dan orang dewasa, dan mempunyai kelayakan sekurang-kurangnya Ijazah Sarjana Muda Sastera dalam Pengajian Awal Kanak-kanak…
Pendidik Awal Kanak-kanak yang Afektif dan Berkesan


Sebuah tempat di mana anda akan mempelajari bagaimana untuk melaksanakan Kurikulum Prasekolah Kebangsaan (Malaysia) melalui kaedah bertema yang memberi tumpuan pada kanak-kanak...
Perkembangan Kurikulum yang Sesuai berdasarkan Piawaian Kurikulum Pra-sekolah Kebangsaan


Sebuah tempat untuk Pembelajaran + Latihan…

Sabtu, April 06, 2013

Lanjutan Pelajaran: Pengetahuan dan Kecekapan – Asas Masa Depan Kanak-kanak

Pengetahuan dan kecekapan dalam pendidikan awal kanak-kanak adalah amat penting dalam memastikan minda kanak-kanak berkembang dan mencapai perkembangan holistik dan juga memastikan agar mereka membesar dalam persekitaran yang positif.

Pada Oktober lalu, Tan Sri Muhyiddin Yassin, Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Pelajaran, menyarankan agar guru-guru prasekolah Kemas dan Jabatan Perpaduan Nasional dan Integriti Negara (JPNIN) mendapatkan pendidikan diploma dalam pendidikan awal kanak-kanak bagi meningkatkan mutu pengajaran di sekolah.

Berikut adalah berita yang dipaparkan dalam Utusan Online: Tingkatkan Kualiti Pengajaran - TPM


Baca lagi:
Further Study: Trained & Qualified Early Childhood Educators? (Lanjutan Pelajaran: Pendidik Awal Kanak-kanak Terlatih dan Berkelayakan?)

Ahad, Mac 31, 2013

Muzik dan Kanak-kanak: Mari Bergembira Sambil Belajar

Satu kajian ke atas tingkah laku kanak-kanak terhadap muzik menunjukkan bahawa “Muzik kanak-kanak merupakan muzik yang paling kerap didengar, dipilih dan diberi maklum balas positif oleh kanak-kanak. Ini termasuklah lagu-lagu tema televisyen dan juga puisi berirama!”


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...