Isnin, Februari 03, 2014

Guru, Rahsia Kejayaan Pendidikan Kanak-kanak Berkualiti


Guru merupakan faktor utama yang mempengaruhi kualiti pendidikan kanak-kanak.

Menurut analisis sistem pendidikan terbaik di dunia oleh McKinsey & Company, antara semua faktor terkawal yang mempengaruhi pencapaian pelajar, faktor yang paling penting adalah pengaruh guru kelas.

Guru yang senantiasa memberi inspirasi kepada pelajar dapat mengubah sesuatu yang negatif menjadi positif. Ini seterusnya menggalak pelajar untuk menceritakan dengan penuh semangat tentang apa yang mereka pelajari dalam kelas. Melalui perkongsian maklumat ini, pelajar dapat memupuk rasa ingin tahu tentang subjek tersebut.


Di peringkat antarabangsa, struktur profesion perguruan adalah berbeza-beza antara negara. Di bawah merupakan negara-negara yang mencatat markah tertinggi dalam peperiksaan antarabangsa tahun demi tahun, menjadikan negara-negara tersebut sebagai pemimpin dalam kualiti pendidikan antarabangsa.





Isnin, Januari 06, 2014

Memupuk Tabiat Belajar dalam Kanak-kanak



Ramai ibu bapa berasa leteran adalah perlu dalam mendidik anak mereka menjadi seorang yang baik. Akan tetapi, mereka tidak sedar bahawa leteran boleh membawa kesan negatif kepada anak mereka.

Kanak-kanak akan berasa kurang bermotivasi disebabkan oleh leteran yang berterusan dan ini seterusnya menjejaskan prestasi mereka di sekolah dan perkembangan sosial.                             


Bagaimana kita boleh menggalak kanak-kanak tanpa leteran?

  • Jangan sekali-kali membanding anak anda dengan anak orang lain. Setiap kanak-kanak mempunyai keunikan yang tersendiri.
Jangan membandingkan anak anda dengan adik-beradik mereka, sepupu, kawan mereka bahkan anak kawan anda. Perlulah kami ingati bahawa setiap orang mempunyai keunikan mereka yang tersendiri. Tahun awal kanak-kanak merupakan masa yang paling sesuai untuk memupuk bakat mereka.

  • Jangan memaksa anak anda.
Berilah mereka galakan yang bersesuaian, bukannya memaksa mereka untuk melakukan sesuatu dengan lebih baik. Segala panduan dan sokongan yang anda berikan akan mendorong anak anda untuk buat dengan lebih baik lagi.

  • Biar anak anda menjadi dirinya sendiri.
Berilah ruang dan masa kepada anak anda untuk mengekspres minatnya. Lakukan apa yang anda boleh untuk memupuk minat tersebut dan memimpinnya dalam membina asas yang kukuh.

  • Beri pengiktirafan, bukan marah-memarahi.
Berilah sokongan melalui pengiktirafan terhadap usaha anak anda. Jika anak anda tidak melakukannya dengan baik, anda boleh meningkatkan tahap keyakinannya dengan memimpinnya, bukan sekadar marah-memarahi.




Khamis, Disember 05, 2013

Pendekatan PRAKTIKAL untuk Pengajaran ECE yang Berkesan


Pembelajaran amali membolehkan pelajar (guru prospek) mengait lebih banyak manfaat daripada kursus yang diikuti. Dengan ini, mereka dapat melengkapkan diri dengan ilmu dan kemahiran yang diperlukan untuk pengajaran pendidikan awal kanak-kanak yang lebih berkesan.

Berikut merupakan manfaat pembelajaran amali:

  1. Dapat mengingati bahan pembelajaran dengan lebih baik
Menurut kajian, pelajar dapat mengingati bahan pembelajaran tiga setengah ganda lebih baik daripada dengan hanya mengikuti sesi kuliah.

  1. Pendedahan kepada realiti tempat kerja
Pendedahan kepada bahan realiti seperti yang digunakan di tempat kerja membolehkan pelajar menyesuaikan diri dengan situasi sebenar. Dalam pengajaran pendidikan awal kanak-kanak, pelajar perlu mengetahui bagaimana untuk demonstrasi sesuatu kemahiran kepada kanak-kanak.

  1. Pembelajaran simulasi dalam persekitaran yang positif
Dalam persekitaran yang positif dan bersimulasi, pelajar akan terdorong untuk menguasai sesuatu kemahiran dan mempelajari sebanyak mungkin, terutamanya apabila berdepan dengan tugas yang mencabar.

  1. Perkembangan kemahiran pemikiran kritis
Kemahiran pemikian kritis dalam pelajar akan berkembang ketika mereka mengendalikan bahan-bahan pembelajaran dan mencapai matlamat dalam aktiviti amali. Kaedah ini adalah lebih berkesan berbanding dengan hanya bergantung kepada kebolehan mengingati fakta daripada buku dan sesi kuliah.

Di Institut CECE, kami senantiasa mengadakan aktiviti dalam kelas untuk memastikan pelajar dapat menyerap kemahiran yang diperlukan dan menyesuaikan diri dengan proses tersebut.

Pelajar Diploma di Institut CECE menikmati proses pembuatan kertas dalam salah satu kelas Sains.

Menu dan masakan yang disediakan oleh pelajar Institut CECE dalam aktiviti kelas.


Jumaat, November 08, 2013

Kajian: Menjerit dan Memukul Sama Bahayanya

Tahukah anda apakah kesan negatif menjerit dan memukul terhadap perkembangan mental kanak-kanak?


Menurut satu kajian yang diterbit dalam laman web jurnal “Child Development” baru-baru ini, hubungan baik dengan ibubapa tidak semestinya melindungi remaja daripada kesan-kesan negatif akibat jeritan, makian atau penghinaan, seperti kata-kata “malas” atau “bodoh”, daripada ibu apa mereka sendiri.

Kajian ini juga mendedahkan bahawa menjerit adalah sama bahayanya dengan memukul dan ia boleh membawa kesan yang sama, termasuklah peningkatan dalam risiko kemurungan dan kelakuan agresif.

Walaupun kajian ini tertumpu pada remaja, keputusan kajian ini juga dapat mencerminkan kesan yang sama pada perkembangan awal kanak-kanak.

Perkembangan tingkah laku berlaku dalam lima tahun pertama kehidupan kita. Kanak-kanak yang dijerit atau dimaki disebabkan oleh kesilapan dan tingkah laku bermasalah bukan sahaja tidak membetulkan kesilapan dan tingkah laku negatif, tetapi juga akan menjadi lebih teruk lagi. Dalam jangka masa panjang, jeritan dan makian ini akan membawa kepada fikiran terganggu dalam kanak-kanak tersebut.

Tambahan pula, kanak-kanak mula pembelajaran mereka dengan memimik tingkah laku orang dewasa disekeliling mereka.

Oleh itu, ia adalah amat penting bagi ibubapa dalam mewujudkan persekitaran yang positif untuk tumbesaran anak mereka agar kanak-kanak ini menjadi seorang yang baik.

Cucurilah mereka dengan kasih sayang kerana ia memainkan peranan yang penting dalam membentuk minda kanak-kanak.


Isnin, Oktober 07, 2013

Pendekatan Bertema: Mempelajari tentang Tumbuhan


Dalam pendekatan bertema, kanak-kanak mempelajari pengetahuan baharu malalui aktiviti-aktiviti yang berasaskan tema. Dengan ini, kanak-kanak akan memperoleh lebih banyak manfaat kerana mereka belajar secara keseluruhan, bukannya sedikit demi sedikit.

Berikut adalah contoh bagaimana pendekatan bertema diaplikasikan dalam mempelajari tentang tumbuhan.

  1. Pilih satu topik
  2. Rancang satu sesi perbincangan dengan kanak-kanak untuk mengumpul idea dan memupuk minat dalam topik yang dipilih


  
  1. Senaraikan soalan-soalan utama untuk perbincangan


  1. Sesi penerokaan


  1. Sesi pemerhatian dan penyelidikan


  1. Merekod dengan carta pai 


  1. Penanaman 

   
  1. Merekod pertumbuhan tumbuhan

  
  1. Penuaian dan penyediaan hidangan




Jumaat, September 06, 2013

Membaca Menambah Ilmu: Bagaimana Anda Boleh Memupuk Tabiat Membaca

Membaca merupakan aktiviti yang menyeronokkan!

Akan tetapi, kanak-kanak yang tidak suka membaca amat membimbangkan ibu bapa dan guru.

Oleh yang demikian, ramai ibu bapa memaksa anak mereka untuk membaca atau menentukan jenis bahan bacaan untuk anak-anak. Malangnya, kaedah ini bukan sahaja gagal untuk memupuk tabiat membaca, tetapi juga boleh membawa kesan negatif.


Bagaimana ibu bapa boleh memupuk tabiat membaca di kalangan kanak-kanak?

  • Memberi peluang kepada anak untuk memilih bahan bacaan
  • Menyediakan pelbagai jenis sumber untuk pilihan
  • Mencadang pelbagai jenis sastera untuk pilihan
  • Membawa anak ke perpustakaan awam dan kedai buku
  • Melakonkan cerita dalam buku dengan penuh perasaan

Dengan ini, anak-anak akan mempunyai motivasi untuk menghabiskan sesebuah buku kerana proses membaca tersebut adalah menyeronokkan. Di samping menambah ilmu mereka, membaca adalah penting dalam perkembangan minda.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...