Pembelajaran
amali membolehkan pelajar (guru prospek) mengait lebih banyak manfaat daripada
kursus yang diikuti. Dengan ini, mereka dapat melengkapkan diri dengan ilmu dan
kemahiran yang diperlukan untuk pengajaran pendidikan awal kanak-kanak yang
lebih berkesan.
Berikut
merupakan manfaat pembelajaran amali:
- Dapat
mengingati bahan pembelajaran dengan lebih baik
Menurut kajian, pelajar dapat mengingati bahan
pembelajaran tiga setengah ganda lebih baik daripada dengan hanya mengikuti
sesi kuliah.
- Pendedahan
kepada realiti tempat kerja
Pendedahan kepada bahan realiti seperti yang
digunakan di tempat kerja membolehkan pelajar menyesuaikan diri dengan situasi sebenar.
Dalam pengajaran pendidikan awal kanak-kanak, pelajar perlu mengetahui
bagaimana untuk demonstrasi sesuatu kemahiran kepada kanak-kanak.
- Pembelajaran
simulasi dalam persekitaran yang positif
Dalam persekitaran yang positif dan bersimulasi, pelajar
akan terdorong untuk menguasai sesuatu kemahiran dan mempelajari sebanyak
mungkin, terutamanya apabila berdepan dengan tugas yang mencabar.
- Perkembangan
kemahiran pemikiran kritis
Kemahiran pemikian kritis dalam pelajar akan
berkembang ketika mereka mengendalikan bahan-bahan pembelajaran dan mencapai
matlamat dalam aktiviti amali. Kaedah ini adalah lebih berkesan berbanding
dengan hanya bergantung kepada kebolehan mengingati fakta daripada buku dan
sesi kuliah.
Di Institut CECE, kami
senantiasa mengadakan aktiviti dalam kelas untuk memastikan pelajar dapat
menyerap kemahiran yang diperlukan dan menyesuaikan diri dengan proses
tersebut.
Pelajar Diploma di Institut CECE menikmati
proses pembuatan kertas dalam salah satu kelas Sains.